Mungkin sudah tiba masanya untuk saya teruskan hasrat untuk melakukan apa yang saya minat. Apa yang saya percaya. Seorang professor di sebuah Universiti terkemuka di UK pernah berkata, "In life I regret not the things that have failed, only those never tried". Saya fikir, inilah masanya.
.:: Melabur ::. - Sabtu, 3 September 2005
Semua orang suka duit banyak. Kalau tak semua pun, kebanyakannya begitu.
Duit banyak diperlukan jika banyak angan-angan. Nak beli kereta besar. Nak melancong keliling dunia (naik ke bulan?). Nak buat mahligai besar. Nak bershopping tiap-tiap hari. Pendek kata senarai kehendak nafsu kita tak habis nak tulis.
Dunia hari ini serba-serbi guna duit. Tak pasal-pasal akidah kita pun boleh goyah dek kerana taksubkan duit. Memang besar dugaan duit ni. Ada yang sanggup telan saja apa yang datang, tak kira halal-haram. Bahaya...bahaya..
Namun, kalau dijadikan alasan tak nak rosak akidah menyebabkan kita tak mahu berusaha lebih tekun, tak boleh jugak. Kalau ada cara yang betul dan halal, apa salahnya. Cuma jangan sampai hilang akal dan iman. Panjang dah intro, apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran saya?.
Sebagai salah satu latihan dalam kursus ELP yang sedang saya ikuti sekarang, peserta di minta menulis setiap cita-cita dalam borang "Master Dream List". Hehehe...siap ada senarai tu. Jadi saya dok fikirlah, apa kebende yang saya nak capai sebagai salah satu cita-cita atau angan-angan saya?.
Fikir punya fikir, tercetus firasat untuk menjadi perunding pelaburan. Tapi bukan pelaburan saham atau dana-dana amanah. Pelaburan untuk bantu orang susah. Apa dia tu?.. nanti kita cerita lagi ye :-).
~md - makin banyak kita tengok dunia, makin kerdil rasa diri

.:: Ada Lagi.. ::. - Jumaat, 2 September 2005
Wah, lama jugak saya tak kemaskini entry dalam blog ni. Tak cukup komitmen untuk jadikan rutin yang berkala. Hanya mampu melihat dan tak mampu menulis :-).
InsyaAllah esok saya akan mengendalikan sesi tutorial untuk pelajar OUM di PPU Bangi. Saya diamanahkan untuk mengendalikan subjek Rangkaian Pertengahan, subjek fakulti IT. Alhamdulillah, kursus persediaan tutor pun telah dilalui dan kini sesi sebenar akan bermula. Semoga semuanya akan berjalan lancar.
Jumaat minggu hadapan (9/9) ialah hari lahir Akmal, anak bongsu saya. Akmal berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan saya, jadi untunglah dia :-). Mungkin ada sesuatu yang istimewa kami akan sambut.
Di tempat kerja, penstrukturan semula organisasi sekali lagi dilakukan. Saya tak pasti berapa kerap lagi perkara ini akan dilakukan. Sekarang saya hanya diberi surat perlantikan tanpa kod jawatan. Ini bermakna jawatan saya ini tidak sah selagi belum tamat proses penstrukturan sebenar. Bukan saya saja yang begini, hampir 80% dari kakitangan di bawah COO bahagian kami.
2 minggu lepas (dan sekarang masih berlangsung setiap minggu), saya berpeluang untuk mengikuti kursus Effective Personal Leadership yang dikendalikan oleh LMI (M) Sdn. Bhd. Kursus ini mengajar kami bagaimana untuk membina keupayaan untuk merealisasikan matlamat yang ingin diperolehi dalam hidup dan pelbagai aspek lain. Kursus ini bercorak action oriented. Ianya dijalankan secara selang seli. Teori, disusuli 7 hari aktiviti bersendirian (macam homework) kemudian disusuli dengan workshop pada minggu berikutnya. Harapan saya, semoga ada manfaat besar selepas kursus ini berakhir, insyaAllah.
Akhir sekali, tidak terlewat untuk saya ucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 48 buat semua warga Malaysia. Merdeka menuntut pengertian dan amalan menghargainya, bukan sekadar tahu melaungkan ucapan MERDEKA! sahaja.
~md - harga barangan bakal naik mendadak, berjimatlah.
