.:: Satu Dua Tiga ::. - Rabu, 30 November 2005
Sedar tak sedar kita dah nak masuk ke penghujung tahun dah.
Macam-macam yang telah kita lalui, kadang-kadang tak sempat nak mencatat dan megimbas kembali. Tahun depan, umur panjang pelbagai perkara baru dan rutin bakal kita tempuhi sekali lagi.
Kelazimannya, akhir tahun begini ramai yang pening kepala dengan urusan persiapan persekolahan anak-anak, penutupan akaun syarikat, pengemaskinian inventori, kemaskini pencapaian projek dan bermacam-macam perkara lagi.
Mintak maaflah kalau tuan/puan singgah ke sini tanpa sebarang update. Saya suka baca blog orang, tapi blog sendiri susah nak berisi :-).. tak apa lah, janji kalau teringin nak menulis, adalah juga tempat untuk mencoret.
InsyaAllah tahun depan saya akan bertukar jabatan. Tahun depan juga ada cadangan untuk konvoi bermotorsikal mengelilingi semenanjung. Kalau ada yang berminat untuk turut serta, bolehlah sertai kami.
~md - musim tengkujuh dah mula
