BLOG PILIHAN

  • The Reader
  • Organised Chaos
  • Sangkelate
  • AnA
  • Ummi
  • MBA
  • Sarini's Space
  • Malaysian Idiot
  • Pok Ku Bustaman
  • jiwarasa
  • Sekuk
  • Sham
  • WiraOne
  • Latif's Portfolio

    ARKIB

    2006:

  • Blog Baru
  • Post Terakhir| Jan|

    2005:

  • Nov| Okt|
  • Sep| Ogo| Jul
  • Jun| Mei| Apr
  • Mac| Feb| Jan

    2004:

  • Dis| Nov| Okt
  • Sep| Ogo| Jul
  • Jun| Mei| Apr
  • Mac| Feb| Jan

    RUJUKAN

  • Fadhilat Amalan
  • Perisian Islam

    MENARIK

  • Photo Realism Art
  • Emotion Eric

    BUATAN MALAYSIA

  • Knowledge Mgmt.
  • Workflow System
  • SMS Service
  • Web Development
  • IT Security

  • Pena Maya Mencoret

    .:: Penulis Senyap ::. - Khamis, 31 Mac 2005

    Bukan jutawan sahaja yang senyap sekarang ni. Kalau blog lama tak berisi, agaknya penulisnya pun senyap :-).

    Sejak kebelakangan ini, macam-macam perkara yang datang secara ad-hoc. Lintang pukang jadinya perancangan kerja dan pengurusan. Pernah juga terdengar ada orang kata kalau nak uruskan kerja-kerja ad-hoc ni, kena ada MBA - Management By Ahh...belasah aje lah!.

    Sedar tak sedar, 1st Quarter akan berlalu hari ini. Macam-macam laporan kena dibentang dan dianalisa. Tindakan untuk memulihkan sasaran yang tidak tercapai pun mesti difikirkan. Pendek kata, putaran proses ini tidak akan berhenti selagi kita masih hidup.

    Kalau tugasan kerja, kita pantau sebegitu ketat, bagaimana pula dengan rutin hidup kita yang lain?. Seelok-eloknya patut ada formula untuk kita timbang-timbangkan apakah pencapaian semasa kita. Bolehlah kita perkemaskan mana-mana yang longgar, bersihkan mana yang comot dan hiaskan mana yang kurang seri.

    Gempa bumi dah kerap terjadi, wajarlah kita ambil peringatan yang tersirat. Jangan asyik nak buat teknik rebonding saja :-).

    ~md - nak kemaskan peribadi

    .:: Jutawan Senyap ::. - Rabu, 23 Mac 2005

    Saya diberitahu tentang cerita ini oleh seorang rakan sewaktu berkunjung ke pejabatnya 2 minggu lepas. Cerita tentang bagaimana untuk menjadi 'senang lenang' dengan melakukan usaha yang dianggap biasa sahaja.

    Buku ini ada dijual di MPH. Saya pun masih belum sempat baca (dan belum beli lagi pun). Teringin juga nak tahu apa sebenarnya yang hebat sangat tips dalam buku tersebut yang menyebabkan rakan saya dah mula beria-ia untuk menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan.

    ~md - jual cakoi dan air sirap boleh jadi jutawan?

    .:: Lukis Lembu ::. - Jumaat, 18 Mac 2005

    Saya tidak memilih lukisan sebagai mata pelajaran pilihan untuk SRP mahupun SPM. Namun, saya amat meminati subjek berkenaan. Sekadar cari peluang pergi tandas (ronda-ronda) untuk basuh peralatan melukis suka-suka.

    Tetapi kejadian semalam telah membuatkan saya megubah tanggapan saya terhadap pentingnya "tahu melukis".

    Anak saya meminta saya melukis gambar seekor lembu sedang memakan rumput. Katanya dia nak warnakan cantik-cantik, supaya boleh dihantar ke Kelab KFC. Untung-untung lukisannya disiarkan di kaca TV dan melayakkan dia mendapat hadiah. Susah payah saya melukis "lembu" yang dimaksudkan. Ikutkan hati, malasnya nak layan permintaan dia, tengah 'syok' tengok berita di TV. Memikirkan perasaan budak berumur 7 tahun, lukislah jugak lembu makan rumput.

    Bila dah siap melukis (siap ada gunung-ganang di belakang, ada burung-burung berterbangan, dan ada matahari di celah gunung), ternyata lembu yang saya lukis tidak seperti lembu. Entah apa nama binatangnya pun saya pun tak tahu. Tapi memang sah bukan lembu!.

    Nasib baik anak saya menerima hasil lukisan tersebut dengan senang hati. Cuma saya yang sangsi, kalau betullah dia mahu hantar ke rancangan KFC Hours, mahu satu Malaysia akan pengsan tengok lembu bertanduk makan rumput yang sungguh ngeri.

    ~md - lepas tu dia suruh saya lukis katak!

    .:: O'clock ::. - Rabu, 9 Mac 2005

    Pernahkah anda bertanya mengapakah bila menyebut waktu dalam Bahasa Inggeris, kita akan menambah perkataan "o'clock" dihujungnya?.

    Cuba baca petikan daripada balasan email mailinglist My-Penguin99.

    
    
    o'clock sebenarnya diasaskan oleh orang Jawa Timur.
    
    Pada satu masa dahulu, di sebuah kampung terpencil di pergunungan Jawa
    Timur, di suatu pagi yang bening, seorang ayah telah meminta anaknya
    membawa kerbau jantan ke sawah. Tapi anaknya yang baru bangun tidur,
    tidak mendengar dengan jelas. Lalu dia telah tersalah bawa kerbau
    betina. Apa lagi si ayah dengan bengkengnya mengherdik anaknya "Goblok
    lu!".
    
    Kebetulan seorang tentera British yang tersesat kerana meyorok dari
    tentera Belanda sedang melihat jam dan mahu mencatatkan masa ke dalam
    buku catatannya, lantas beliau tertulis "8 o'clock" kerana terkejut
    dengan herdikan "goblok" itu tadi. Buku catatan tersebut kemudiannya
    telah dijumpai oleh Panglima Awang ketika singgah belayar di pulau
    Jawa dan membawanya ke London untuk diserahkan kepada Mr. Bean. Sejak
    itu, setiap waktu akan ditambah perkataan "o'clock" sebagai mengenang
    peristiwa bersejarah tersebut.
    
    Begitulah adanya.
    
    --md
    
    On Mon, 07 Mar 2005 15:52:17 -0000, md_najmi  wrote:
    >
    > > o'clock tu kan... apa sebenarnyer maksud 'o' tu?
    > anak kot :D
    > macam Shaquille O'neal,William O'hara
    >
    > ikut Scottish style macam Ewan McGregor,McDonald Douglas
    >
    
    
    
    ~md - jawapan lebih ilmiah ada di sini

    .:: Kejutan Pagi Jumaat::. - Jumaat, 4 Mac 2005

    Pagi tadi ada satu kejutan di persimpangan jalan Hang Tuah (berhampiran DBP).

    Waktu pagi di Kuala Lumpur biasanya lalulintas di persimpangan utama akan dikawal oleh polis trafik. Kesesakan waktu pagi memang tidak efektif guna lampu isyarat. Seperti biasa, bila sampai di persimpangan jalan Hang Tuah, kenalah tunggu giliran dilepaskan oleh polis trafik. Giliran bertukar giliran, satu demi satu kenderaan dari simpang berlainan dilepaskan.

    Di satu simpang yang mana kenderaan telah dibenarkan bergerak, ada 1 lorong dari simpang berkenaan tidak bergerak. Seorang pemandu kereta kelihatan terkulai bersandar di kerusi pemandu. Penunggang motosikal bersebelahan cuba mengetuk-ngetuk cermin kereta untuk mengejutkannya. Tiada reaksi, hon kereta mula kedengaran dari kenderaan belakang. Keadaan jadi panik. Polis trafik mula melangkah menghampiri.

    Tiba-tiba, ada pergerakan pada tubuh pemandu berkenaan. Ada sesuatu di matanya, digosok-gosok sebentar, seketika kemudian kenderaannya dah mula bergerak. Sebelum melepasi polis trafik, beliau sempat mengangkat tangan dan memberi isyarat "Maaf tok, saya terlelap!".

    ~md - moral: nak tidur, balik rumah bang!

    .:: Pilihan di Tangan Anda ::. - Khamis, 3 Mac 2005

    Dalam hidup ini, hampir setiap ketika, kita harus membuat pilihan. Pilihan yang dibuat adalah keputusan diri kita sendiri.

    Adakalanya, memilih keputusan bukan semudah membuat keputusan. Bila kita memilih, biasanya ia lebih dari satu. Bila kita membuat keputusan, pilihan sudah tiada. Apa yang menjadi keputusan akan menjadi tindakan susulan. Jadi lebih mudah membuat keputusan (setelah berjaya memilih dan menimbang pilihan yang ada) daripada memilih keputusan. Pening?, itulah natijahnya.

    Pilihan juga akan menentukan nasib baik atau buruk yang akan diperolehi. Bergantung kepada situasi, faktor dalaman dan luaran, golongan yang terlibat dan diri kita sendiri, kesukaran membuat pilihan yang tepat adalah berbeza-beza tahapnya. Sudah tentu kita suka kalau pilihan kita sentiasa membuahkan nasib yang baik, tetapi ianya tidak dapat dipastikan dengan jelas.

    Jika kita ingin memilih jalan mudah, gerak hati akan menentukannya. Sebaliknya, jika kita mahu menimbang dengan semasak-masaknya, akal, iman, pengalaman, pengetahuan dan solat (istikarah) dapat membantu. Pendek kata, jangan salahkan orang lain atau keadaan jika anda tersalah pilih.

    ~md - pilihlah ke arah positif, hidup akan lebih ceria

    .:: Seni Foto ::. - Rabu, 2 Mac 2005

    Sekeping gambar menceritakan beribu kata-kata.

    Fotografi dan rakaman video adalah antara hobi utama saya. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan buat masa ini, melihat karya dan penghasilan orang lain banyak memberikan inspirasi untuk terus mendalami hobi ini.

    Cuba anda lihat beberapa contoh bakat-bakat anak Malaysia yang mampu menghasilkan sesuatu yang menarik untuk dilihat dan tenang untuk dihayati. Berikut ialah antara laman 'fotopages' yang sempat saya lawati:

    Pengalaman untuk merakamkan sesuatu yang seni memerlukan kesabaran dan kepakaran di samping bantuan alatan yang sesuai. Mungkin satu hari nanti, saya juga mampu mempunyai kebolehan seperti mereka.

    ~md - mengidam Nikon Digital SLR

    .:: Penilaian Prestasi ::. - Selasa, 1 Mac 2005

    Semalam adalah hari terakhir bagi mengemaskini rekod penilaian prestasi kerja tahun 2004. Sepertimana biasa, prestasi kerja tahunan akan dijadikan ukuran bagi pembahagian bonus, kenaikan pangkat dan sebagainya. Pada waktu sebegini, biasanya tiada apa lagi yang boleh dilakukan daripada berserah kepada takdir dan rezeki. Semua yang telah kita lakukan akan dinilai oleh pihak pengurusan atasan.

    Apa yang menjadi teka-teki ialah, apakah tahap penilaian yang bakal kita perolehi. Jika tahap yang diperolehi terlalu rendah, risiko yang dihadapi bukan sekadar tidak mendapat bonus tahunan, malah peluang untuk mendapat kenaikan gaji juga amat tipis.

    Ada orang kata, kalau pandai 'kipas' boss waktu-waktu sebegini, mungkin boleh bantu perkiraan akhir yang diberikan. Tapi, ada juga boss yang 'hati kering'. Tak usahlah buat itu semua, dia dah masak dah dengan taktik-taktik 'pengipas' ni. Usah kata nak naikkan peratusan markah, lagi menjatuhkan ada. Hati-hati!.

    Group CEO juga telah mengumumkan prestasi kewangan syarikat. Nampaknya ada peningkatan dalam pendapatan bersih syarikat. Macam-macam program akan dilakukan tahun ni. Dari menawarkan VSS sehinggalah kepada melebarkan sayap perniagaan ke rantau ASEAN. Nampak macam ada prospek masa depan yang cerah, tapi tak tahulah berapa lama akan ada rezeki di sini.

    ~md - semoga cekal

    Penulis
    MD
    Kuala Lumpur, Malaysia.
    penamaya+at+gmail+.+com

    :: Pesanan Ringkas ::



    PENAFIAN

    Segala tulisan di dalam laman ini adalah luahan rasa Penulis yang tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa. Komen yang diberikan oleh pengunjung bukan atas persetujuan Penulis. Jika anda tidak berpuas hati, sila maklumkan kepada Penulis.

    ~
    ~
    ~
    [an error occurred while processing this directive]
    :w index.shtml (Dihasilkan menggunakan vi dan SSI directive)
    --- IP anda ialah 38.107.191.111 sebelum ini anda melayari site (none) menggunakan CCBot/1.0 (+http://www.commoncrawl.org/bot.html)