.:: Penyelesai Masalah ::. - Rabu, 30 Jun 2004
Sejak hari khamis (24 Jun) lepas, satu sistem NMS kami tidak beroperasi dengan stabil, mengakibatkan operasi unit lain terjejas. Dipendekkan cerita, masalah itu telah dapat diselesaikan (harap-harapnya tidak berulang) semalam.
Saya bertanggungjawab menjaga, membaik pulih dan meningkat upaya (upgrade) sistem komputer bahagian tempat saya bertugas, jadi memang selalu berurusan dengan vendor dan supplier yang membekalkan sistem komputer di tempat kami. Apa yang menarik ialah, tidak semua supplier tahu apa yang mereka supply (bekalkan). Buktinya, bila ada masalah, mereka pun terkial-kial mencari punca masalah. Apatah lagi kalau nak harap selesaikan masalah tersebut.
Akhirnya, datanglang seorang "pakar" dari sebuah syarikat terkemuka yang kebetulan mempunyai kontrak pengurusan sistem dengan bahagian kami. Dalam masa kurang 6 jam, beliau dapat menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Cara beliau bekerja sungguh sistematik, dan yang paling penting, beliau tahu apa yang perlu dilakukan. Orang macam ni memang saya "admire", cakap tak banyak, tapi kerja "top class".
So, dapatlah saya seorang lagi koleksi "problem solver" untuk saya "pakai" bila ada waktu terdesak. manalah tau.... :-)
~md - satu hari nak guna "rantaian" kawan-kawan yang hebat ni...
.:: Pengurusan ::. - Rabu, 23 Jun 2004
Bulan ini saya agak "kelam-kabut". Apa tidaknya, bermula 1 Julai 2004, syarikat saya akan mula beroperasi dalam struktur organisasi baru. Banyak kerja yang perlu disiapkan menjelang 1 Julai. Hampir setiap hari masa dihabiskan menghadiri mesyuarat dan perbincangan, sehinggakan tiada masa lapang untuk digunakan menyelesaikan bebanan kerja.
Esok dan lusa, saya akan berkursus selama 2 hari. Tajuk kursus - "Principle of Management". Hmm, agaknya apa yang akan saya perolehi dari kursus ini agaknya. Saya memang perlukan kebolehan mengurus. Mengurus masa, keutamaan kerja, projek, kewangan, kakitangan dan keluarga.
Ada orang berkata "kalau kita mampu menguruskan diri kita dengan baik, insyaAllah kita juga mampu untuk menguruskan orang lain". Iye ke? :-).
~md - masih belajar
.:: Imbasan ::. - Jumaat, 11 Jun 2004
Sejarah adalah sesuatu yang jarang mendapat perhatian dari setiap orang. Ramai yang merasakan bahawa apa yang telah berlaku, tidak boleh diubah, jadi untuk apa dikenang.
Pada saya, setiap detik dan waktu yang berlalu, begitu cepat pergi. Sedar tak sedar hari baru silih berganti, namun kita tetap sama dengan apa yang biasa dilakukan. Impian saya ialah untuk mampu menjadikan sejarah, pengajaran kesilapan lampau, dan pengetahuan untuk merencana kehidupan yang lebih baik - dunia dan akhirat.
Mengimbas peristiwa lalu (sejarah) kadangkala dapat melapangkan fikiran untuk memberi nafas kepada perencanaan kehidupan yang lebih bermakna.
~md - sibuk sikit akhir2 ni
.:: Terima Kasih ::. - Khamis, 3 Jun 2004
Saya berbangga dengan jalinan lebuhraya yang terdapat di Malaysia. Walaupun kita terpaksa membayar tol untuk merentasi ke destinasi yang dituju, namun ianya
memberi kemudahan untuk kita sampai cepat dan selesa (jika tiada kesesakan).
Namun ada satu perkara yang saya kesal. Sikap pekerja yang mengendalikan "toll-booth". Jarang sangat saya mendengar mereka mengucapkan "terima kasih encik" apabila kita selesai membayar tol. Apatah lagi untuk mendegar mereka mengucapkan "hati-hati memandu encik, semoga selamat sampai". Kebiasaannya, tangan mereka "terjulur" seakan pelari menunggu baton untuk diserahkan, muka tidak memandang kita, duit dicapai, jika tidak cukup akan diminta, jika cukup, tiada senyuman dan kata-kata manis untuk pemandu. Sungguh menyedihkan layanan seperti itu.
Alangkah baiknya jika suatu hari nanti, semua penjaga tol dapat memberikan sedikit senyuman dan ucapan yang boleh meriangkan hati pemandu. Ucapan sedemikian walaupun mudah, namun memberi kesan kepada hati pemandu.
~md - Pemandu juga ada yang nakal/jahat "bersalam erat" dengan penjaga tol, agaknya itu yang mereka ambil duit kita cepat-cepat tanpa menoleh :-)