Blog Kegemaran

  • The Reader
  • Organised Chaos
  • Sangkelate
  • AnA
  • Ummi
  • MBA
  • Sarini's Space
  • Malaysian Idiot
  • Pok Ku Bustaman
  • jiwarasa
  • Sekuk
  • Sham
  • WiraOne
  • Latif's Portfolio

    Arkib

    2006:

  • Blog Baru
  • Post Terakhir| Jan|

    2005:

  • Nov| Okt|
  • Sep| Ogo| Jul
  • Jun| Mei| Apr
  • Mac| Feb| Jan

    2004:

  • Dis| Nov| Okt
  • Sep| Ogo| Jul
  • Jun| Mei| Apr
  • Mac| Feb| Jan

    Pautan Berguna

  • Fadhilat Amalan
  • Perisian Islam

    Pautan Menarik

  • Photo Realism Art
  • Emotion Eric

    Produk Rakan-Rakan

  • Knowledge Mgmt.
  • Workflow System
  • SMS Service
  • Web Development
  • IT Security


  • .:: Pena Maya Mencoret ::.
    "Tanggungjawab adalah cabaran, bukan masalah!"


    .:: Happy Birthday Adam ::. - Sabtu, 31 Julai 2004

    Selamat hari lahir ke 7 Adam! :-)

    Bila abah tinggalkan rumah pagi tadi, Adam masih tidur (ye lah hari ni cuti). Jadi tak sempat nak ucap selamat hari lahir. Apa pun petang nanti, InsyaAllah kita keluar dan raikan bersama keluarga.

    Abah doakan Adam sentiasa tabah dan tekun dalam menimba pengetahuan dan pengalaman baru. Usia Adam yang bertambah setahun lagi, bermakna bertambah jugalah tanggungjawab dan perkara yang Adam perlu lakukan. Jangan cepat putus asa, mengeluh dan malas apabila membuat kerja. Semua itu akan mengajar Adam menjadi insan yang berguna di hari kemudian.

    Akhirnya, Abah dan Ummi amat-amat berharap agar Adam akan menjadi contoh kepada semua adik-adik dan juga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada semua.

    Happy Birthday!

    Abah.

    ~md - Alhamdulillah, anak-anak semakin membesar. Cabaran makin bertambah sebagai ibu-bapa


    .:: Happy Birthday Faiz ::. - Selasa, 27 Julai 2004

    Selamat hari lahir ke 3 Faiz :-).

    Pasti Faiz tak dapat baca entry ini, tapi ingatan abah & ummi sentiasa bersama Faiz. Kasih sayang dan perhatian kami tidak pernah lekang dengan harapan Faiz akan terus membesar dengan sihat, riang dan menjadi anak yang soleh.

    Ummi kata, petang ni ada kek istimewa buat Faiz, nanti kita sama-sama raikan. Semoga Faiz akan ceria menyambut hari lahir tahun ni bersama abang-abang dan adik yang lain :-).

    ~md - 31 Julai ni, Adam pula :-)


    .:: Hitam Putih ::. - Jumaat, 9 Julai 2004

    "Disebabkan awak gagal sediakan protection communication link ke router , sila jawab dalam masa 7 hari mengapa dan bagaimana awak ingin laksanakannya selepas ini!".

    Kata-kata di atas ditujukan kepada saya 2 minggu lepas. Walaupun ianya telah berlalu, kisahnya rupanya tidak tamat disitu sahaja. Minggu depan, saya akan dipanggil oleh panel siasatan dalaman untuk menyoal dengan lebih terperinci mengapa perkara tersebut gagal saya laksanakan.

    Ini semua adalah gara-gara tugasan yang tidak mengikut proses sebenar. Pelanggan inginkan perkhidmatan dengan tempoh waktu yang singkat, pengurus projek kelam kabut menyusun dan mengumpul sumber-sumber. Arahan diberikan tanpa menerangkan senario sebenar projek kepada kumpulan lain yang terlibat. Muktamad, dalam masa 2 minggu perkhidmatan mesti "UP" dan yang lainnya tidak penting.

    Apabila sesuatu perkara dilakukan dengan tergesa-gesa, pasti ada yang pincang. Kita boleh melakukannya dengan pantas, asalkan proses yang ada betul-betul mantap dan semua yang terlibat faham dan jelas akan tanggungjawab masing-masing. Dalam kes saya, infrastruktur litar suwa (leased line) untuk sambungan dari router pelanggan kepada pusat rangkaiaan utama hanya diperolehi bagi talian utama. Manakala untuk talian kedua, ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, memandangkan bangunan tempat router tersebut dipasang adalah berlainan bangunan dengan node talian litar suwa kedua. Jarak antara bangunan tersebut ialah lebih 300 meter, jadi hubungan "coaxial tie cable" antara node ke router tidak boleh diadakan. Mungkin ada antara anda yang tidak faham penjelasan saya ini :-), cuba tanya "pakcik Google" term-term yang saya sebutkan di atas untuk penerangan lanjut.

    Dipendekkan cerita, saya perlu tampil dengan fakta "hitam putih (black & white)" untuk mempastikan saya tidak dikenakan tindakan tata-tertib. Berfikiran positif, cuba sedaya upaya menjelaskan keadaan sebenar, dan cuba tidak menyalahkan sesiapa.

    ~md - life goes on!


    .:: Besi Buruk ::. - Khamis, 8 Julai 2004

    Harga besi sekarang ni dengarnya meningkat. Semua barangan berasaskan besi semuanya naik. Hari tu, pergi kedai perabot, nak beli penyidai kain beroda (jenis lipat), dahulu harganya sekitar 80-90 ringgit, sekarang dah naik 20%.

    Gara-gara harga besi naik, timbul satu masalah baru yang makin menjadi-jadi iaitu aktiviti "orang besi" mencuri penutup lubang/longkang berjeriji yang kebiasaannya terdapat di hadapan pagar rumah.

    Bila dah habis semua jeriji besi di"songlap", besi jenis baru pula dicari. Sekarang kalau anda perasan, kadang-kadang papan tanda besi (warna biru atau hijau) di tepi-tepi jalan pun kadangkala tinggal palang besi pemegang saja (jalan berhampiran rumah saya dah banyak yang hilang). Kepingan besi yang memaparkan maklumat telah hilang!. Wah, sampaikan papan tanda pun dikebas?. Ini tak boleh jadi, satu hari agaknya apa pulak yang ingin dikebas. Jangan kubah masjid sudah!.

    Apakah gejala ini tidak boleh dikawal?. siapa yang ingin mengawal?. kalau jeriji depan rumah sendiri mungkin boleh disimen, dikunci, dan sebagainya. Tapi kalau papan tanda di jalanraya? siapa pula kena jaga 24 jam?. Harap-harapnya adalah Pak Menteri bersuara tentang langkah membanteras gejala ini.

    ~md - lama tak makan belimbing besi


    .:: Mengawal Marah ::. - Selasa, 6 Julai 2004

    Semua orang pernah marah (ada yang tak pernah marah? :-)). Macam-macam sebab orang jadi marah. Marah adalah sifat semulajadi manusia, cuma bagaimana seseorang itu melepaskan rasa marah bergantung kepada pertimbangan dan kebolehan mereka mengawalnya dengan baik.

    Saya pun selalu marah-marah. Kadang-kadang tak sedar yang saya sedang marah (bahaya tu). Biasanya kalau saya marah, mesti ada sebab. Kalau tidak, saya lebih suka buat tak tahu kalau perkara-perkara tersebut mengganggu emosi saya. Tapi jika sesuatu perkara itu "mencabar" prinsip saya, memang susah saya menahan sabar.

    Kalaulah ada jual di kedai-kedai pil "tahan marah", mungkin saya ingin membelinya. Implikasi kepada sikap marah kita itu tadi, biasanya lebih memudaratkan daripada menimbulkan kesan positif. Mungkin orang yang paling "pandai" menggunakan sifat marah (tegas) ialah Saidina Umar Al-Khattab. Sebagai manusia biasa, kalau kita dapat mengawal sifat pemarah ini dan menukarkan kepada sifat pemaaf, itulah yang sebaiknya.

    Zikir dapat lembutkan hati, tapi bagaimana untuk jadi waras apabila berhadapan dengan situasi yang membuatkan kita marah?. Ada tips :)?.

    ~md - marah=cepat tua? kebetulan atau realiti? :-)


    Penulis
    MD
    Kuala Lumpur, Malaysia.

    Penafian
    Segala tulisan di dalam
    laman ini adalah luahan rasa
    Penulis yang tidak bermaksud
    untuk menyinggung perasaan
    sesiapa. Jika anda tidak
    berpuas hati, sila maklumkan
    kepada Penulis.
    ~
    ~
    ~
    :w index.shtml (Dihasilkan menggunakan vi dan SSI directive)
    --- IP anda ialah 38.107.191.110 sebelum ini anda melayari site (none) menggunakan CCBot/1.0 (+http://www.commoncrawl.org/bot.html)