.:: Korban ::. - Rabu, 11 Januari 2006
Baru lepas naik bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.
Persatuan penduduk perumahan tempat saya tinggal telah sama-sama mengadakan ibadah korban semalam. Sejumlah 8 ekor lembu disembelih untuk Korban dan Aqiqah. Alhamdulillah, sambutan penduduk amat menggalakkan. Ramai yang turut serta bergotong royong, dari mengagihkan tugas sehinggalah selesai proses berkemas.
Cuaca pun baik semalam. Redup dan berangin, memang selesa dan tenang. Rasanya tidak rugi tidak pulang berhari raya di kampung tahun ini. Lagipun cuti di tengah minggu begini susah nak ambil cuti lama. Anak-anak pun bersekolah.
Semoga anda semua juga mendapat keberkatan dari ibadah korban yang dilaksanakan.
~md - seronok & bersyukur walaupun letih
