Blog Kegemaran

  • The Reader
  • Organised Chaos
  • Sangkelate
  • AnA
  • Ummi
  • MBA
  • Sarini's Space
  • Malaysian Idiot
  • Pok Ku Bustaman
  • jiwarasa
  • Sekuk
  • Sham
  • WiraOne
  • Latif's Portfolio

    Arkib

    2006:

  • Blog Baru
  • Post Terakhir| Jan|

    2005:

  • Nov| Okt|
  • Sep| Ogo| Jul
  • Jun| Mei| Apr
  • Mac| Feb| Jan

    2004:

  • Dis| Nov| Okt
  • Sep| Ogo| Jul
  • Jun| Mei| Apr
  • Mac| Feb| Jan

    Pautan Berguna

  • Fadhilat Amalan
  • Perisian Islam

    Pautan Menarik

  • Photo Realism Art
  • Emotion Eric

    Produk Rakan-Rakan

  • Knowledge Mgmt.
  • Workflow System
  • SMS Service
  • Web Development
  • IT Security


  • .:: Pena Maya Mencoret ::.
    "Tanggungjawab adalah cabaran, bukan masalah!"


    .:: Merdeka! ::. - Isnin, 30 Ogos 2004

    Esok, Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 47. Sebagaimana biasa, bermula malam ini, akan berpusu-pusulah rakyat yang ingin menyambut upacara "mengira" detik kemerdekaan di tengah-tengah kotaraya. Disusuli pula dengan dentuman bunyi mercun dan bunga api sebagai penyeri langit malam.

    Saya tidak pasti, bila kali terkahir saya menyambut Hari Merdeka dengan berada di tempat-tempat sebegitu. Seingat saya, pernah sekali dua, saya "tumpang" menonton percikan bunga api di tepi KLCC sewaktu dalam perjalanan balik menjemput adik di Hentian Bas Pekeliling pada jam 11.30 malam. Kebetulan memang lalu di jalan berkenaan. Anak saya seronok betul bila tengok banyak bunga api pelbagai warna berselerak di udara.

    Merdeka mempunyai maksud yang berbeza-beza bagi kita semua. Sewaktu umur 18 tahun, ramai yang menganggap remaja melepasi zaman kebergantungan dengan ibu-bapa. Saat itu, dianggap sebagai "hari merdeka". Begitu juga apabila tamat sesuatu peperiksaan besar seperti "SPM", ramai yang meraikanya umpama merdeka dari "jajahan buku-buku dan ulangkaji". Bagi pejuang-pejuang di zaman penjajah, kemerdekaan mempunyai maksud yang besar dan penting dalam kehidupan mereka. Terlepas dari belengu dan kongkongan penjajah merupakan nikmat yang telah lama mereka inginkan.

    Namun dewasa ini, golongan selepas merdeka tidak mungkin dapat merasakan "nikmat" tersebut sebagaimana nenek moyang kita dahulu. Lantaran itu, mereka diseru untuk "mengisi kemerdekaan" agar kita tidak hanya bangga kerana merdeka, tetapi apakah perancangan seterusnya untuk menjayakan bangsa yang terlepas dari ikatan kuasa penjajah. Kalau kita masih tidak mampu untuk "mengisi" kemerdekaan yang diperolehi ini dengan sebaiknya, maka kita masih lagi terjajah. Terjajah minda dan resmi hidup, setiap apa yang berlaku akan ditentukan "penjajah" kita.

    Fikir-fikirkanlah.

    ~md - nak ucap selamat "merdeka" kepada AnA & Ummi. Semoga dapat yang terbaik.


    .:: Ulangtahun ke 8 ::. - Selasa, 17 Ogos 2004

    Hari ini adalah hari ulangtahun ke 8 perkahwinan saya. Tiada apa yang ingin dikongsi rasanya, bukan kerana tiada apa yang menarik, tetapi saya fikir ianya ekslusif untuk saya dan isteri :-).

    InsyaAllah di lain kesempatan, mungkin saya ceritakan. Sekarang kena balik dulu, nanti terlewat...

    ~md - malam ini ada special dinner :-)


    .:: Tanggungjawab Berjiran ::. - Jumaat, 13 Ogos 2004

    Ahad lepas jiran sebelah rumah saya telah berpindah ke rumah baru mereka. Sedar tak sedar, hampir 5 tahun lebih kami tinggal berjiran sementara menunggu projek perumahan mereka siap.

    Saya seronok mempunyai jiran seperti Kak Mis dan Abang Bani. Mereka saya anggap umpama "orang tua" saya. Sikap mereka yang peramah, jujur dan baik hati memang menambat hati sesiapa saja. Terasa sedikit kesedihan apabila mereka berpindah. Tiada lagi "orang tua" yang boleh saya dan jiran-jiran "muda" lain bertamu mencungkil pengalaman.

    3 hari lepas, jiran baru pula sampai. Setakat ni saya masih belum berpeluang bertemu muka dengan penghuninya. InsyaAllah, cuti hujung minggu ini saya akan menjenguk untuk berkenal-kenalan. Bukan tak boleh buat pada hari-hari sebelumnya, tapi nampak mereka sibuk dengan urusan perpindahan, takut-takut saya mengganggu.

    Hidup berjiran di bandar memang tak sama dengan di kampung. Kalau tidak kita luangkan masa untuk bersapa dan bertanya khabar, mungkin berbulan-bulan (atau bertahun?) khabar jiran kita langsung tidak diketahui. Walaupun kemudahan seperti telefon, email dan sebagainya ada sebagai saluran berkomunikasi, saya masih berpendapat bahawa budaya ziarah menziarahi masih perlu diteruskan. Anak-anak kita mesti dibiasakan dengan amalan ini, agar mereka tidak menjadi "kera sumbang" apabila dewasa kelak.

    ~md - Jiran belakang rumah terlantar di hospital - leukimia. Doakanlah semoga beliau cepat sembuh.


    .:: Menyimpan (Menabung) ::. - Selasa, 10 Ogos 2004

    Resmi orang yang kurang berada (tidak kaya), sejak dari kecil lagi saya telah biasa dengan situasi di mana setiap apa yang saya inginkan (yang perlu dibeli) tidak akan diperolehi dengan sekelip mata. Kadangkala, impian tersebut hanya tinggal impian, kerana ibu bapa saya mempunyai keperluan yang lebih penting dan utama.

    Apabila saya sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, memang tidak dinafikan, apa sahaja yang saya inginkan (yang mampu) boleh dimiliki. Namun situasinya sudah berbeza, saya kini mempunyai tanggungan yang perlu diuruskan, perbelanjaan bulanan yang mesti dibereskan, dan pelbagai lagi keperluan yang melibatkan pengurusan kewangan yang baik.

    Biasanya, apabila saya ingin membeli sesuatu yang agak mahal, saya akan mula menyimpan (kadangkala simpanan tak sempat banyak, dah guna :-)). Sehingga satu peringkat di mana jumlah yang diperlukan hampir mencukupi, barulah saya akan "window shopping" dan membuat keputusan memilih produk atau barang yang dihajati.

    Apa yang sukar di sini ialah, kesabaran untuk mendapatkan jumlah yang dikehendaki dan juga keupayaan untuk menyediakan "dana tambahan", khas untuk simpanan tersebut. Kalau harapkan gaji, "jarang" sangat berbaki :-). Alternatif?, pujuk isteri "sedekahkan" sedikit, atau dalam bahasa sopan - sumbangan ikhlas :P.

    Pendek kata, pengurusan kewangan orang berkeluarga memerlukan tolak ansur dan kerjasama dari semua ahli keluarga. Jika tidak, sesuatu yang ingin dimiliki mungkin hanya tinggal angan-angan kosong. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Menabung hari ini, kesenangan di kemudian hari.

    ~md - Sabtu lepas balik ke Kuantan, cuba lebuhraya baru (LPT). Jarak tak jauh beza, cuma masa lebih pantas.


    .:: Perkara Paling Disukai ::. - Rabu, 5 Ogos 2004

    Bercakap tentang perkara yang paling kita sukai, sudah tentu banyak sekali. Tetapi apakah yang paling, paling disukai? :-).

    Ada yang suka bersukan, menonton wayang, melancong, membaca, berborak mengumpat, dan sebagainya. Setiap manusia pasti ada perkara yang paling disukai. Pentingnya untuk kita mempunyai elemen ini dalam kehidupan adalah untuk "menceriakan" hidup kita apabila berhadapan situasi yang agak tegang, tertekan dan mengecewakan.

    Kita tidak boleh mengelakkan diri dari menghadapi masalah, jadi cara terbaik untuk melepaskan "belengu" masalah ialah dengan melakukan perkara-perkara yang kita sukai (yang positif!). Kadangkala kesibukan kita yang tidak menentu menghalang dari kita menikmati (enjoy) perkara yang kita suka. Apapun, pergunakanlah nikmat ini (perkara yang ada suka) sebaik-baiknya untuk kemakmuran hidup di dunia dan akhirat:-).

    ~md - dapat "tips" berguna pagi ni. terima kasih "The Reader" :-)


    Penulis
    MD
    Kuala Lumpur, Malaysia.

    Penafian
    Segala tulisan di dalam
    laman ini adalah luahan rasa
    Penulis yang tidak bermaksud
    untuk menyinggung perasaan
    sesiapa. Jika anda tidak
    berpuas hati, sila maklumkan
    kepada Penulis.
    ~
    ~
    ~
    :w index.shtml (Dihasilkan menggunakan vi dan SSI directive)
    --- IP anda ialah 38.107.191.111 sebelum ini anda melayari site (none) menggunakan CCBot/1.0 (+http://www.commoncrawl.org/bot.html)