.:: Happy Biorthday Aiman ::. - Rabu, 24 Mei 2006
Sabtu lepas, Aiman sambut hari lahirnya yang ke 8. kami buat di rumah atuknya di Kg. Datuk keramat, KL. Sambutan sederhana saja, tapi meriah.
Minggu lepas juga, dapat offer dari kawan untuk "2nd hand" digital SLR camera. Dia nak pakai duit, jadi terpaksa "tolak" apa-apa yang patut. Tengah "study" lagi features kamera tersebut. Banyak sangat!.
Ahad, ada pertandingan bowling persatuan di Endah Parade, Sri Petaling. Tak menang pun, saja pergi sokong aktiviti berpersatuan. Ambik gambar dan video. Semalam tungkus lumus siapkan SVCD, alhamdulillah dah siap.
~md - ada masa tulis. takde masa baca orang punya :-)

.:: Korban ::. - Rabu, 11 Januari 2006
Baru lepas naik bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.
Persatuan penduduk perumahan tempat saya tinggal telah sama-sama mengadakan ibadah korban semalam. Sejumlah 8 ekor lembu disembelih untuk Korban dan Aqiqah. Alhamdulillah, sambutan penduduk amat menggalakkan. Ramai yang turut serta bergotong royong, dari mengagihkan tugas sehinggalah selesai proses berkemas.
Cuaca pun baik semalam. Redup dan berangin, memang selesa dan tenang. Rasanya tidak rugi tidak pulang berhari raya di kampung tahun ini. Lagipun cuti di tengah minggu begini susah nak ambil cuti lama. Anak-anak pun bersekolah.
Semoga anda semua juga mendapat keberkatan dari ibadah korban yang dilaksanakan.
~md - seronok & bersyukur walaupun letih
